kerana-dia-manusia-biasa-live-episod-11-tonton-compressed

kerana dia manusia biasa live episod 11 tonton

Nurin Aira agak sukar mencari suaminya kerana telefon bimbitnya tertinggal dengan suaminya dan mempunyai masalah komunikasi dalam Bahasa Korea. Tengku Syamil yang mahir berbahasa Korea telah meminta bantuan Polis Bantuan(polis pelancong) untuk mencari isterinya. Nurin Aira juga telah ke pondok Polis Bantuan yang sama untuk meminta pertolongan pada waktu yang berbeza. Akhirnya Nurin Aira dapat bertemu dengan suaminya setelah Polis Bantuan memberitahu yang suaminya tunggu di lokasi yang pernah menjadi memori terindah antara Tengku Syamil dan Aisyah. Akhirnya mereka berdua bertemu di tempat yang dinyatakan. Saat itulah Tengku Syamil merasakan kehilangan isterinya yang hanya separuh hari,tetapi dia merasakan kehilangan itu sangat lama dan membuatkan dia menyesal kerana telah mengabaikan segala kebaikan yang selama ini isterinya telah berikan. Tengku Syamil kemudian melamar Nurin Aira sekali lagi di tempat pertemuan mereka itu.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here